بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين
Alhamdulillah rabbil ‘alamin, Kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah yang mengangkat dan mengiktiraf generasi Al Quran yang pertama dan kepimpinannya, iaitu Rasulullah saw dan para sahabatnya kerana mereka sentiasa berpegang dan melaksanakan Al Quran dalam seluruh kehidupan. Selawat serta salam semuga tercurah keatas Rasulullah saw, keluarga, sahabat dan umatnya yang sentiasa mengamalkan Al Quran dan sunnahnya.
Rasulullah saw berwasiat…
” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat dengan keduanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya”
Riwayat Imam Malik
Usaha mewujudkan para hafiz yang menjaga Al Quran di tengah-tengah masyarakat masa kini, merupakan satu usaha murni dan patut mendapat perhatian yang lebih serius oleh umat Islam seluruhnya. Marilah kita sama-sama beramal dan membantu deen Allah dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita agar kita beroleh kejayaan
لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ
“Kamu tidak akan mencapai kebaikan sehingga kamu infaqkan apa yang kamu kasihi”
Surah Ali Imran : 92
Dalam membina generasi berilmu, berakhlak dan mampu melangkah ke dunia yang serba canggih dan semakin mencabar, pendidikan yang sistematik dan interaktif berasaskan Al Quran dan Sunnah sangat-sangat diperlukan. Institusi pendidikan adalah “blue print” kepada pembentukan akhlak, intelektual dan kepimpinan umat mendatang.
Tenaga pengajar yang murabbi, urustadbir yang cekap dan amanah serta kedudukan kewangan yang kukuh menjadi faktor asas dan momentum untuk institut ini terus maju. Lihatlah bagaimana Universiti Al Azhar dan Institute Technology Of Massechusete mampu menjadi model institusi waqaf yang berwibawa dan disegani sehingga ke hari ini. Atas dasar-dasar inilah, Maahad Tahfiz Al Aqsa dibina sebagai “kilang yang sentiasa produktif dan mampan” untuk umat ini.