Pengenalan

 

 

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العالمين

Alhamdulillah rabbil ‘alamin,  Kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah yang mengangkat dan mengiktiraf generasi Al Quran yang pertama dan kepimpinannya, iaitu Rasulullah saw dan para sahabatnya kerana mereka sentiasa berpegang dan melaksanakan Al Quran dalam seluruh kehidupan. Selawat serta salam semuga tercurah keatas Rasulullah saw, keluarga, sahabat dan umatnya yang sentiasa mengamalkan Al Quran dan sunnahnya.

Rasulullah saw berwasiat…

 Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat dengan keduanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya”

Riwayat Imam Malik

Usaha mewujudkan para hafiz yang menjaga Al Quran di tengah-tengah masyarakat masa kini, merupakan satu usaha murni dan patut mendapat perhatian yang lebih serius oleh umat Islam seluruhnya.  Marilah kita sama-sama beramal dan membantu deen Allah dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita agar kita beroleh kejayaan

 لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ

“Kamu tidak akan mencapai kebaikan sehingga kamu infaqkan apa yang kamu kasihi”

Surah Ali Imran : 92

Dalam membina generasi berilmu, berakhlak dan mampu melangkah ke dunia yang serba canggih dan semakin mencabar, pendidikan yang sistematik dan interaktif berasaskan Al Quran dan Sunnah sangat-sangat diperlukan. Institusi pendidikan adalah “blue print” kepada pembentukan akhlak, intelektual dan kepimpinan umat mendatang.

Tenaga pengajar yang murabbi, urustadbir yang cekap dan amanah serta kedudukan kewangan yang kukuh menjadi faktor asas dan momentum untuk institut ini terus maju. Lihatlah bagaimana Universiti Al Azhar dan Institute Technology Of Massechusete mampu menjadi model institusi waqaf yang berwibawa dan disegani sehingga ke hari ini. Atas dasar-dasar inilah, Maahad Tahfiz Al Aqsa dibina sebagai “kilang yang sentiasa produktif dan mampan” untuk umat ini.

 

Maklumat Pengunjung

Hari Ini28
Yesterday46
This week208
This month588
Jumlah Pelawat34509

Friday, 14 December 2018 15:12

Sumbangan di Alu-alukan

Terima Kasih atas Sumbangan anda !
 
Maahad Tahfiz Al Aqsa - Pengurusan
No. Akaun : CIMB 8600 8674 75 - Quranuna Resources
No. Akaun : Bank Islam
  1203 8010 1033 25 


Peta Lokasi

Hubungi Sekolah

Maahad Tahfiz Al-Aqsa,

2 Jalan Tanjong Balai 30/24,

Taman Malindo, Jln Kebun,

40460 Shah Alam, Selangor DE.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 03-5166 1066
013-6199 088
  Shah Alam, Selangor