Musabaqah Hafazan Al-Quran Lil Banat

 

MAQLIB 2015

 

Musabaqah Hafazan Al-Quran adalah salah satu aktiviti yang berkesan bagi memangkinkan seseorang itu mudah berhubung dengan al-Quran. Aktiviti ini sebenarnya amat sesuai bagi usia pelajar yang sememangnya masih jernih dan bersedia untuk menerima sesuatu yang baru. Oleh yang demikian Maahad Tahfiz Al Aqsa telah memilih beberapa orang pelajar puteri untuk menyertai Musabaqah Hafazan AL-Quran Lil Banat yang dianjurkan oleh MAAHAD TAHFIZ LIL AYTAM.

 

PELAJAR-PELAJAR YANG TERPILIH

 

PESERTA KATEGORI 5 – 9 TAHUN (JUZU’ 30 + AYAT KURSI)

1. Nurul Afrina binti Azman

2. 'Afaf Amani binti Daniel Sallehi

3. Aisyah Humirak binti Hassan

4. Nur Faezzatul Arisya binti Mohd Rozman

 

PESERTA KATEGORI 5 – 12 TAHUN (JUZU’ 30 + SURAH YASIN +SURAH AL MULK)

1. Aala' Hanani binti Daniel Sallehi

2. Nur Alya Irdina binti Azman

3. Aliyah Umairah binti Mohd Nasaruddin

4. Nur Faezzatul Amirah binti Mohd Rozman

 

 

PERINGKAT SARINGAN 1 ( Suku Akhir)

 

Tarikh:            27, 28, 29 & 30 Ogos 2015 (Khamis , Jumaat , Sabtu & Ahad)

Tempat:           MAAHAD TAHFIZ LIL AYTAM,

                        Lot 2978 Lorong Melati, Kampung Damai, 48050 Kuang, Selangor.

Waktu:             08.00 pagi - 05.00 petang

 

PERINGKAT SARINGAN 2 (Separuh Akhir)

 

Tarikh:          19 September 2015 (Sabtu)

Tempat:         MAAHAD TAHFIZ LIL AYTAM,

                      Lot 2978 Lorong Melati, Kampung Damai, 48050 Kuang, Selangor.

Waktu:           08.00 pagi - 05.00 petang

 

PERINGKAT AKHIR

 

Tarikh:            10 Oktober 2015 (Sabtu)

Tempat:           PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA, SHAH ALAM

Waktu:             09.00 pagi - 06.30 petang

 

 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN - MAQLIB 2015

 

1. Jumlah Peserta: Pihak maahad/sekolah dibenarkan menghantar seramai 10 orang (maksimum) peserta perempuan sahaja untuk melalui saringan awal Musabaqah Hafazan Al-Quran dan jika hendak menghantar lebih hendaklah berurusan dengan pihak urusetia di talian 016-2085994. Pemilihan ke peringkat akhir hanya terhad kepada 6 orang peserta sahaja setiap kategori melalui keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak juri.

2. Jadual Saringan: Pihak maahad/sekolah yang ingin menyertai peringkat saringan hendaklah menghubungi pihak urusetia di talian 016-2085994 untuk membuat pengesahan jadual dan pihak kami akan memaklumkan tarikh dan masa saringan yang akan ditetapkan.

3. Makanan/Minuman: Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang akan disediakan sepanjang peringkat saringan dan peringkat akhir.

4. Bentuk Ujian: Setiap peserta diuji bacaan Al-Quran secara hafaz dengan lisan melalui surah daripada Al-Quran yang telah ditetapkan dengan mengambil kira hukum-hukum tajwid, fasohah dan suara. Setiap peserta diwajibkan membaca surah al-Fatihah pada soalan pertama.

5. Pemilihan Ayat: Setiap peserta akan mengundi dan memilih nombor yang akan diletakkan di dalam   bekas yang disediakan, sebelum diuji oleh juri. Nombor tersebut akan menentukan soalan yang akan disoal oleh juri. Terdapat 10 soalan yang berbeza bagi setiap kategori.

6. Masa Bacaan: Setiap peserta akan diberi masa selama 10 minit untuk menamatkan hafazan mereka. Hakim/Juri berhak menamatkan bacaan peserta pada bila-bila masa bagi setiap surah atau ayat.

7. Pakaian: Peserta dikehendaki memakai baju kurung/ jubah serta bertudung dengan sempurna. Syarat pemakaian yang sama juga akan dikenakan kepada guru pengiring dan ibubapa.

8. Penginapan/Kos Pengangkutan: Pihak kami tidak dapat menanggung apa-apa kos pengangkutan dan tidak menyediakan tempat penginapan kepada peserta dan guru pengiring.

 

" HIDUP MULIA BERSAMA AL-QURAN "

 

 

Maklumat Pengunjung

Hari Ini31
Yesterday47
This week31
This month969
Jumlah Pelawat23699

Monday, 19 February 2018 17:31

Sumbangan di Alu-alukan

Terima Kasih atas Sumbangan anda !
 
Maahad Tahfiz Al Aqsa - Pengurusan
No. Akaun : CIMB 8600 8674 75 - Quranuna Resources
No. Akaun : Bank Islam
  1203 8010 1033 25 


Peta Lokasi

Hubungi Sekolah

Maahad Tahfiz Al-Aqsa,

2 Jalan Tanjong Balai 30/24,

Taman Malindo, Jln Kebun,

40460 Shah Alam, Selangor DE.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 03-5166 1066
013-6199 088
  Shah Alam, Selangor