Anak Adalah Amanah

 

Saya tidak mempunyai kelayakan untuk membicarakan topik ini melainkan empat orang anak yang perlu saya didik bagi mewarisi keimanan dan keindahan akhlaq. Saya tidak mempunyai banyak pengalaman selain dari kesilapan-kesilapan yang pernah saya lakukan dalam mendidik jiwa mereka untuk benar-benar mengenali Allah sebagai Ilah dan Robb supaya mereka mampu melihat kehidupan dengan jiwa kehambaan sehingga mereka merasakan besarnya kesan pahala dan dosa pada jiwa dan kehidupan.

Ya, anak-anak adalah anugerah yang terlalu berharga bagi setiap rumahtangga yang terbina. Kita boleh bayangkan betapa sunyi dan suramnya rumahtangga yang tidak dikurniakan anak. Kita diperingatkan oleh Allah SWT melalui surah Maryam bagaimana Nabi Zakaria AS yang berdoa dengan nada yang perlahan dan penuh pengharapan mengharapkan kehadiran anak dalam rumahtangganya. Ia tidak pernah berputus asa walaupun rambutnya memancarkan uban (kerana sudah terlalu tua) manakala isterinya pula mandul (sila rujuk surah Maryam).

Kerana bahagianya kita menerima anak sebagai cahaya mata kadang-kadang kita terlupa dan lalai bahawa anak-anak juga adalah amanah yang Allah pinjamkan kepada kita. Kelalaian ini kadang-kadang berpanjangan sehinggalah ‘cahaya mata’ yang kita timang dan kita sayang semakin membesar dan mula ‘menyakitkan mata’ bukan sekadar itu bahkan ia telah mencoreng arang ke muka kita sehingga jiwa kita terasa begitu terluka dan kecewa.

Ada ibubapa yang kecewa dan terluka, ada yang begitu buntu dan putus asa. Kadang-kadang, ketika menyampaikan ceramah tentang keibubapaan saya menggambarkan hakikat ini dan ternyata pada wajah para hadiran tergambar kepedihan jiwa. Ada yang tertunduk dan ada yang menitiskan air mata. Saya tidak bermaksud untuk melukakan perasaan tetapi saya ingin menghayati kesedihan mereka sehingga saya mampu menghayati serta berkongsi panduan dan harapan tentang pendidikan anak-anak ini dengan lebih berkesan.

Kita juga dapat menyaksikan bagaimana ada ayah yang menjadi pemimpin masyarakat tetapi apabila ke rumah ia ditertawai dan dihina oleh anaknya sendiri. Ada ibu-ibu yang nampak gagah menerajui perniagaan tetapi pulang ke rumah hatinya dilukai oleh anak-anaknya sendiri.

Untuk itu saya akan kongsikan sedikit ilmu dan pengalaman untuk membangunkan rumahtangga sakinah. Mungkin perkongsian ini tidak begitu ilmiah kerana perkongsian ini adalah coretan pengalaman dan harapan saya sendiri.

Semoga siri perkongsian ini nanti dapat sedikit sebanyak dimanfaatkan bagi membina rumahtangga sakinah. Komen, pandangan dan coretan pengalaman pembaca diharapkan dapat menjadikan ruangan ini lebih bertenaga dan berkesan.

 

Maklumat Pengunjung

Hari Ini45
Yesterday42
This week230
This month671
Jumlah Pelawat33354

Friday, 16 November 2018 21:51

Sumbangan di Alu-alukan

Terima Kasih atas Sumbangan anda !
 
Maahad Tahfiz Al Aqsa - Pengurusan
No. Akaun : CIMB 8600 8674 75 - Quranuna Resources
No. Akaun : Bank Islam
  1203 8010 1033 25 


Peta Lokasi

Hubungi Sekolah

Maahad Tahfiz Al-Aqsa,

2 Jalan Tanjong Balai 30/24,

Taman Malindo, Jln Kebun,

40460 Shah Alam, Selangor DE.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 03-5166 1066
013-6199 088
  Shah Alam, Selangor